Shop with us.

BRATA PIPA ( SEGAMAT )

https://www.facebook.com/lelongSegamat

Our company offers a full range of services. We employ the most advanced methods, professional care and our staff are always helpful. We are continually improving our services, which is proven by our growing number of satisfied customers.Every product was tested thoroughly before shift out to make sure you have the best item.For any defect or malfunction goods ,please return it in 3 days upon receiving the item. Feel free to contact us at any time.You are invited to email us for any inquiry :

Find us at :https://www.facebook.com/lelongSegamat

*BRATA PIPA also received an order which not in the list, please included the photos of products and model and email to us and we will make a special orders. PLease visit our side for latest product at Facebook: https://www.facebook.com/lelongSegamat

Wednesday 31 August 2011

Cermin Mata MP3 RM 110.00 ( SOLD OUT )

Bored at work or the sunlight killing your eyes? This is the answer, MP3 glasses with 2GB of memory ,you can fit almost 300 songs and the power of the battery last long for almost 6 hour,as you can work and having an entertainment without realizing the time passed.It can also be used at the night time in which the glass panel was flexible where it can make room for your eyes to see clearly.


Bosan ketika bekerja  atau panas terik matahari memedihkan mata?Inilah jawapannya , Cermin mata MP3 dengan memori 2GB anda boleh memuatkan hampir 300 lagu dan dengan kekuasaan baterinya selama 6 jam anda boleh bekerja sambil berhibur tanpa sedari masa berlalu dengan pantas.Ia juga boleh digunakan pada waktu malam di mana cerminnya boleh ditolak ke atas untuk memberi ruang mata anda melihat dengan jelas.
Bergayalah anda sambil berhibur.

Baby Alarm RM 45.00

Satu pasang alat "receiver" dan "tranceiver" disediakan , "tranceiver" diletakkan di sisi bayi ketika ia nyenyak tidur manakala "receiver" di sisi emak dan alat ini akan berfungsi ketika bayi banggun dari tidur dan mengeluarkan bunyi seperti tanggisan, signal akan dihantar dari "tran" ke "receiver" di mana emaknya mungkin tengah memasak atau membersihkan ruang rumah , satu bunyi amaran akan kedengaran untuk memperingati maknya bahawa bayinya sudah bangun dari tidur.

Alat ini berfungsi dengan hanya 2 biji bateri 3A untuk setiap unit.
Harganya ialah RM 45.00 sepasang , jika berminat sila hubungi kami sebelum membuat apa-apa tempahan.

Jam CVIZ RM 45.00

Jam ini bukan untuk sebarangan orang , hanya pembelinya saja yang tahu cara kegunaannya . Pernahkah anda membeli jam dan perlu membaca manualnya terdahulu sebelum mengunakannya? Inilah kelebihannya jika jam ini hilang kemungkinan ianya dipulangkan oleh si penjumpanya adalah tinggi berbanding dengan jam biasa , kenapa? Kerana tanpa manualnya maka si penjumpa tidak tahu cara penggunaanya.Satu lagi...inilah namanya jam peribadi ( hanya berkhidmat untuk tuannya sahaja). Model ini adalah milik wanita.

Jam Cyclone LED RM 45.00

Jam ini lebih kurang sama dengan jam "LED Unik" cuma bezanya adalah model ini khusus untuk lelaki .

USB Charger Kereta RM 5.00

Jalan jauh ? Mana nak cari bekalan elektrik? takkan nak curi dari tiang lampu...inikan ada charger dalam kereta. Charger ini khas untuk mengecaj segala barangan elektronik yang mengunakan lubang USB seperti handphone, MP3 player,kamera dan banyak lagi , jadi tak payah risau kalau-kalau handphone anda kekurangan tenaga elektrik. hah!!...apa??? nak caj bateri kereta?? ini dah lebih...

DV Cermin Mata RM 170.00

Sesuai untuk kegunaan penjawat awam , merakam secara "live" ketika menjalankan tugas , menyelamatkan anda dari dituduh bermacam-macam hingga sampai ke tahap SUHAKAM.
Menyiapkan sebuah laporan tidak lagi menyakitan kepala kerana segala kejadiaan ada dalam rakaman apatah lagi secara terperinci.Anda boleh menyiapkan laporan sambil menonton kembali apa yang telah berlaku semasa kejadian.Resolusi gambarnya yang tinggi juga membantu , kalau-kalau anda hendak mencetak muka "suspect" untuk dijadikan senarai "wanted". oh ya...ia juga boleh merakam detik-detik manis untuk yang sedang bercintan , segala perbualan adalah manis, segala ucapan adalah wangi...tapi lepas kahwin tak tau la.

Cermin Mata 3D RM 15.00

Mahu melihat sesuatu yang baru ? Mahu merasai pengalaman baru ketika menonton wayang ? Inilah satu-satunya cermin mata 3D yang berkualiti untuk membawa anda ke alam 3D yang lebih "real".Dengan harga yang berpatutan sesiapa saja mampu memilikinya , kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi kami dahulu sebelum membuat apa-apa tempahan.

Car MP3 2GB memory RM 80.00

sebenarnya ada harga yang lebih rendah di pasaran tetapi tanpa memori , jadi kenapa saya jual yang mahal ini? Sebabnya adalah kerana ketahanan harga yang rendah itu jauh lebih singkat berbanding dengan yang ini. Saya pernah jual yang RM 15 tanpa memori tapi pembeli mengamuk kerana ianya cuma tahan 2 bulan saja selepas itu rosak. Jadi di situ saya mula sedari antara bezanya barang murah dan mahal.Tiada pendawaian diperlukan pemasangannya amat mudah sekali.Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Payung Samurai RM 49.90

Jamal membonceng motornya dengan laju kerana hujan lebat masa nak berbuka pula makin hampir,tiba-tiba keluar kereta dari lorong kecil ,tak sempat nak elak lalu terus merempuh kereta berkenaan, Jamal terjatuh ke sisi jalan lalu pemilik kenderaan keluar dengan gegas dan kelihatan dia membawa sebilah samurai menuju ke arahnya , dalam hati Jamal berkata "alamak pembuli jalanan, matilah aku".nanti dulu...ceritanya belum habis , pemandu kenderaan membawa payung untuk Jamal , hujan lebat Jamal cedera dan basah kuyup jadi sebagai manusia yang berperikemanusiaan siapakah yang sanggup melihat orang lain menderita? walaupun bangsa agama dan budaya kita berlainan tapi ada satu benda yang menyatukan kita iaitu "keperimanusiaan",saya tidak berpuasa (bangsa cina) tapi saya tetap menghormati yang berpuasa.

Tuesday 30 August 2011

Digital KeyChain RM 70.00

Digital KeyChain.
       Memang bagus sebagai hadiah kepada yang tersayang , gambar anda boleh dimuatkan dalam 30 hingga ke 40 keping asalkan kapasitinya tidak melebihi 16MB , bayangkanlah ke mana si dia pergi gambarmu akan ditatap setiap hari setiap jam setiap minit dan setiap saat .Dan untuk yang berkeluarga ,gambar-gambar anak juga boleh dimuatkan untuk mengubat rindu yang tak terhingga.Selain itu ia juga boleh dijadikan sebagai jam ataupun alarm .