Shop with us.

BRATA PIPA ( SEGAMAT )

https://www.facebook.com/lelongSegamat

Our company offers a full range of services. We employ the most advanced methods, professional care and our staff are always helpful. We are continually improving our services, which is proven by our growing number of satisfied customers.Every product was tested thoroughly before shift out to make sure you have the best item.For any defect or malfunction goods ,please return it in 3 days upon receiving the item. Feel free to contact us at any time.You are invited to email us for any inquiry :

Find us at :https://www.facebook.com/lelongSegamat

*BRATA PIPA also received an order which not in the list, please included the photos of products and model and email to us and we will make a special orders. PLease visit our side for latest product at Facebook: https://www.facebook.com/lelongSegamat

Friday 2 December 2011

Rantai Stainless Steal Tulen

 Dengan harga RM 29.90 anda kini mampu memiliki rantai yang satu ketika dahulu hampir mencecah beratus ringgit harganya , malah buat masa ini harga terendah yang di pamerkan di setengah-setengah pasaran super pun berada dalam lingkungan RM 50 ke atas. Jadi anda sebagai pemilik kepada Dompet anda..apa yang ditunggu lagi??? Ataupun pendapat anda bahawa barangan yang murah bukannya barangan berkualiti?? Anda silap dan sangat silap , si penjual barangan ini adalah orang yang sama menjual untuk kedai lain secara borong tapi bezanya adalah pemilik kedai berkenaan , adakah beliau ingin kaya cepat dengan meletak harga yang tinggi atau  ala-kadar harganya agar pembeli mampu memilikinya? Untuk saya murah hati...murah rezeki , murah kita memberi ,nanti hari datanglah lagi. (ewah!! pandai pantun dah :) )

 Setiap rantai di atas memliki medan magnet yang berbeza , ianya bukan sekadar untuk kecantikan pada masa yang sama juga menjaga kesihatan.
 Rantai yang bersalut emas ini pula berharga dalam RM39.90 , lapisan salut emasnya boleh bertahan lama selagi anda menjaganya dengan betul , pantangnya adalah antara minyak wangi ataupun losion kulit wanita yang berasid.
 Maaf , ini bukan emas betul tapi emas celup , harganya antara RM19.90 ,harga pasaran adalah dalam RM49-RM 65 dan terpulanglah kepada 'ketamakkan' pemilik kedai. Walaupun harganya murah tapi kualitinya tidak dapat dibezakan dengan emas betul malah jika dibandingkan dengan emas betul yang kau dah pakai bertahun itu ,emas ini adalah lebih menyerupai 'emas' , dengan kekilauannya yang menyerlah itu memang payah untuk membezakan.
 Berbagai corak untuk pilihan anda ,cara penjgaannya adalah sama....
 Anggun , itulah istilah yang boleh digunakan untuk mengibaratkan cincin ini. Dengan RM 23.90 ia adalah milik anda.Harga pasaran cecah RM70 ke atas.
 Stainless steal Rantai leher ini datang dengan berbagai saiz , harganya antara RM 9.90 hingga RM 86.90 , kenapa saya memilih stainless? Kenapa tidak Silver atau perak??? Perak...walaupun harganya mahal tapi ia cepat kotor ,lebih-lebih lagi kalau kita kuat berpeluh , sebulan mungkin 3 - 4 kali kita kena cuci dan harganya antara RM5-RM8 tapi kalau berlanjutan hingga ke beberapa tahun kita dah boleh beli rantai baru tetapi ini tidak berlaku kepada stainless yang sentiasa kelihatan berseri. Rantai perak  dipanggil besi buruk oleh kawan saya ,kenapa? Kerana satu hari dia tececer rantai lehernya ketika berjalan di pasar malam Segamat Baru , apa yang anehnya walaupun beratus orang lalu-lalang tak seorang pun yang mengutipnya dan saya tertanya ,kenapa? Rupa-rupanya rantai leher perak itu sudah 7 bulan dimilikinya tapi tak pernah dicuci dan ia seakan-akan seperti besi buruk yang pudar dan tidak langsung boleh dikenali sebagai Perak yang berharga.
Jadi , befikir-fikirlah...apakah yang lebih sesuai untuk anda....Stainless atau perak?

No comments: