Model A1 ini khas untuk pengemar sukan paintball , poket luasnya memudahkan anda menyimpan kelopak biji paintball yang berlebihan.Ini juga adalah barangan replika dan ia tidak menangkis sebarang peluru kecuali peluru manik getah.
pandangan dari sisi
Pandangan dari belakang
Warna Model A2 menjadi pilihan kepada pekerja berkontrak di Iraq seperti Black Water.(Gajinya lumayan tapi risikonya adalah...nyawa anda).
Model A3 sesuai digunakan di dalam kawasan hijau seperti hutan belukar,jangan terkejut kalau ular menjalar melepasi tubuh anda tanpa segan-silu.
Model A4 sesuai untuk kegunaan di kawasan berbatu.
Kualiti bahan buatan adalah baik dan lasak digunakan dalam segala keadaan.Lagi-lagi musim banjir dah nak dekat..boleh pakai sambil bergaya.
Ini adalah bahan getah ,saja nak buat tactical Vest kelihatan lebih 'real' . Bahan sebenarnya adalah genting dan plate besi yang berinci tebalnya. Selamat ke dengan memakai Vest kalis peluru? Selamat itu terpulang kepada posisi anda ditembak dan jenis peluru yang digunakan.Mati memang tak mati tapi luka kesan impak peluru macam kena tumbukan Mike Tyson 1000 kali ganda kuatnya , kepala pelurunya sebesar kacang tapi lebam badan adalah sebiji bola sepak.Saya bukan pakar tapi maklumat ini dari kawan yang masih berkhidmat di satu pelusuk dunia yang kini huru-hara. Satu soalan untuk penjawat awam yang bertugas, apakah bezanya sebiji peluru 9mm digunakan dengan pistol dan MP5?
No comments:
Post a Comment