Shop with us.

BRATA PIPA ( SEGAMAT )

https://www.facebook.com/lelongSegamat

Our company offers a full range of services. We employ the most advanced methods, professional care and our staff are always helpful. We are continually improving our services, which is proven by our growing number of satisfied customers.Every product was tested thoroughly before shift out to make sure you have the best item.For any defect or malfunction goods ,please return it in 3 days upon receiving the item. Feel free to contact us at any time.You are invited to email us for any inquiry :

Find us at :https://www.facebook.com/lelongSegamat

*BRATA PIPA also received an order which not in the list, please included the photos of products and model and email to us and we will make a special orders. PLease visit our side for latest product at Facebook: https://www.facebook.com/lelongSegamat

Friday 23 December 2011

Barangan Canggih.( SOLD OUT )

Bulan ini kita banyak masuk lighter , kenapa? Tau-tau ajelah musim hujan ,sejuk pulak tu...apa lagi..pakai lighter nyalakan api dan halau kesejukan. Lighter ini berharga RM 15 setiap satu dan ia terdiri daripada emas , perak , gangsa dan tembaga tapi jangan salah sangka ya..ini bukan emas atau perak atau sebagainya yang tulen , cuma perhiasan aje. Saiz lighter ini amat kecil jika dibanding dengan lighter lain dan sesuai diletak dalam pokek. Saiznya lebih kurang  3cm X 5cm jadi awas jangan tertelan semasa mengunakannya.

Sekali lagi , naga menjadi pilihan ,tau-tau ajelah tahun depan tahun naga .



 Ini lighter ular , pernah tengok ular memancut api di mulutnya ? Haa inilah peluang anda melihatnya  dan memilikinya , dengan harga RM 30 ia adalah milik anda , ia datang dengan dua jenis rekaan satu emas dan satu lagi perak , sekali lagi ya , ini bukan mas tulen.

 Untuk pengemar sukan adventure , lighter ini amat sesuai untuk anda , ia bukan hanya sekadar lighter malah ia juga merupakan sebilah pisau .Tapi awas ! Jangan nak menyalakan rokok hilang pulak hidung .Jangan risau lighter ini datang dengan ciri keselamatan untuk pengguna , ia ada butang keselamatan di sisi supaya anda tidak terbuka pisaunya dengan secara tak sengaja. RM 30

 Ini pula sama seperti di atas cuma bezanya adalah pada design , corak bom tangan ini amat diminati oleh pemancing , bukan itu saja tapi mata pisaunya juga lebih lasak.

 yang ini pula reka bentuk lain dengan saiz yang agak kecil .RM 15
 OK, untuk perokok dan sesiapa saja yang rimas kalau pakai jam tangan , inilah ubatnya . Dengan harga
RM 30  ia adalah milik anda sepenuhnya.Jam dengan lighter bersatu , bayangkan kalau kita beli jam dengan lighter berasingan , bukankah ini lebih menguntungkan?
 Jangan risau pada waktu malam  kerana jam ini ada lampu LED di bawahnya , untuk mengaktifkannya anda hanya perlu menaikkan penutup lighter tersebut .Jangan risau juga kalau kehabisan gas atau bateri ianya boleh ditukar ganti ,sudah tentu dengan harga yang munasabah.

 Cantik dan anggun ,bukan !? Ini bukan sebarang cincin tapi cincin canggih. Untuk pengemar cincin batu inilah pilihan tepat anda , dengan harga RM 15.
Tidak kira apa saiz jari anda ,cincin ini tetap muat untuk anda ,kerana ia adalah cincin jenis 'flexible'.

inilah kelebihannya ,ia datang dengan jam sekali , jadi anda tidak perlu risau kalau terlupa bawa jam tangan kerana masa sentiasa di jari anda.
Sudu dan garpu ini bukan sebarangan perkakas , ia juga merupakan pisau dan berbagai lagi alatan jika anda tahu cara penggunaannya . Dengan harga RM 28 ia boleh di bawa kemana-mana. Sesuai untuk yang suka aktiviti luar seperti berkhemah dan berkelah. Sudu ini boleh dicantum dan diceraikan pada bila-bila masa .

Saiznya amat kecil bila dicantumkan dan menjimatkan ruang penyimpanan mahupun di dalam pokek atau di dalam beg.

Zippo Lighter untuk koleksi RM70

Berbagai corak dan perhiasan ,satu set 4 biji dengan harga RM70 iaitu lebih kurang RM 17.50 untuk sebiji lighter . Kalau dibeli  sebiji-sebiji harganya RM20 , jadi kira-kiralah kamu yang mana lagi berbaloi?
Lighter jenis zippo ini bukan mengunakan gas biasa tetapi ia mengunakan cecair jenis zippo yang mana ada dijual di kedai kami dengan harga yang berpatutan.

Setiap set mempunyai tema yang tersendiri , jika dijaga dengan rapi ia boleh bertahan bertahun lamanya .
Tema di atas adalah untuk jabatan pertahanan ,setiap lighter mewakili satu jabatan tentera masing-masing.
Tema berikut adalah berdasarkan haiwan ,yang mana menjadi simbul kekuatan kepada sesebuah negara.
Tema ini pula mengenai kereta pacuan empat roda , yang hujung sekali itu adalah kereta kegemaran saya...Humvee!!
Untuk pengetahuan semua , mengikut kalendar Cina ,tahun depan 2012 adalah tahun naga , dan tema ini juga adalah mengenai naga , sebab itulah lighter ini kini paling laris di pasaran.
OK, tema ini adalah khas untuk pengemar sukan paintball atau airsoft .Empat jenis senjata menjadi pilihan .
Tema ini juga mengenai haiwan tetapi lebih kepada negara Jepun , di mana simbol ini dijadikan sebagai tatoo di badan Yakuza. Apa itu Yakuza ? Lebih kurang kata orang kita "kongsi Gelap" la.
Tema ini sama dengan yang di atas tu ,naga juga tetapi lebih moden , naga elektrik. Lebih digemari oleh remaja kerana seninya lebih kepada jenerasi muda.
 
Yang ini pula untuk kaki judi ..opss sorry , untuk pengemar 'sukan yang mencabar' . Empat corak menjadi pilihan. 
Bukan hanya ini saja yang terdapat dalam simpanan kami , jika anda ada masa datanglah ke kedai kami untuk melihat lighter lain yang mana lebih aneh dan lebih canggih.

Saturday 10 December 2011

Lampu Suluh Canggih.( SOLD OUT )

Lampu suluh terbaru ,bukannya lampu suluh sebarangan , harganya pun bukan sebarangan ,kualitinya adalah berbeza sekali dengan yang kita lihat di pasar malam , macam mana nak tahunya....ar...kena pakai dulu baru tahu dan lihatlah tempoh riwayatnya , di situlah kualitinya. Kebanyakan Lampu suluh yang saya jual ini menggunakan bateri cas semula , ini bertujuan untuk menjimatkan kos pengguna , tahu-tahu ajelah duit bateri itu kalau dikumpul dalam satu tempoh boleh beli lampu suluh baru.

Model dengan harga RM 110 ini adalah yang terkecil dalam koleksi saya, berukuran 12cm panjangnya tapi jangan kena tipu dengan rupanya ,cahayanya tak kalah jenis lampu suluh dengan berbekalkan bateri empat.

Yang ini pula , koleksi terbesar setakat ini , Harganya RM170, dengan berukuran 21cm panjang ia menggunakan dua bateri bercas dan jarak suluhannya...wow...kena datang kedai boleh saya tunjukkan..tapi bukan waktu siang ya .Jarak suluhannya agak jauh tak kalah lampu suluh 1000watt.

 Charger jenis 'twinhead' ,boleh mengecas dua bateri dalam satu masa ,tempoh tenaga bateri juga agak panjang.
 Lampu suluh ini boleh di cas di rumah ataupun di kereta, dua jenis charger telah disediakan untuk memudahkan perjalanan anda.
Yang ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna , sama ada mengunakan bateri cas atau bateri biasa , terpulang pada anda.

Tiga biji bateri diperlukan untuk kegunaan bateri biasa. 

Jika anda adalah pengunjung biasa ke kedai kami , anda tidak perlu risau dengan harga yang tertera  di atas    harga istimewa menanti anda .Harga atas adalah untuk pembeli melaui POS dengan kos penghantarannya sekali.

Monday 5 December 2011

Tactical Vest For Sale.( SOLD OUT )

Maaf , Stok untuk Vest RM180 telah habis , tinggal yang RM250 sahaja tetapi juga dengan stok terhad. (Banyak orang pergi perang kebelakangan ini , perang banjir....kena bergaya.)

Barang baru sampai dari Taiwan khas untuk anda yang gemar membuat koleksi Tactical Gear. Untuk pengetahuan saudara sekelian ini adalah barangan replika dan sudah pastinya ia tidak kalis peluru tapi mungkin kalis air :) .Gambar atas adalah pandangan dari bahagian belakang dan yang bawah ini adalah pandangan bahagian depan.

yang ini pula bahagian sisi.

Model B1 ini sesuai untuk anda yang gemar memancing sambil bergaya , dengan poketnya yang banyak ini anda tidak perlu risau lagi kalau-kalau terlupa bawa barang-barang tertentu.



 Model A1 ini khas untuk pengemar sukan paintball , poket luasnya memudahkan anda menyimpan kelopak biji paintball yang berlebihan.Ini juga adalah barangan replika dan ia tidak menangkis sebarang peluru kecuali peluru manik getah.
 pandangan dari sisi
Pandangan dari belakang

Warna Model A2 menjadi pilihan kepada pekerja berkontrak di Iraq seperti Black Water.(Gajinya lumayan tapi risikonya adalah...nyawa anda).
Model A3 sesuai digunakan di dalam kawasan hijau seperti hutan belukar,jangan terkejut kalau ular menjalar melepasi tubuh anda tanpa segan-silu.
Model A4 sesuai untuk kegunaan di kawasan berbatu.
Kualiti bahan buatan adalah baik dan lasak digunakan dalam segala keadaan.Lagi-lagi musim banjir dah nak dekat..boleh pakai sambil bergaya.

Ini adalah bahan getah ,saja nak buat tactical Vest kelihatan lebih 'real' . Bahan sebenarnya adalah genting dan plate besi yang berinci tebalnya. Selamat ke dengan memakai Vest kalis peluru? Selamat itu terpulang kepada posisi anda ditembak dan jenis peluru yang digunakan.Mati memang tak mati tapi luka kesan impak peluru macam kena tumbukan Mike Tyson 1000 kali ganda kuatnya , kepala pelurunya sebesar kacang tapi lebam badan adalah sebiji bola sepak.Saya bukan pakar tapi maklumat ini dari kawan yang masih berkhidmat di satu pelusuk dunia yang kini huru-hara. Satu soalan untuk penjawat awam yang bertugas, apakah bezanya sebiji peluru 9mm digunakan dengan pistol dan MP5?